Rumusan Tentang JSLC JSLC

Apakah matlamat penubuhan JSLC?

Program ini bertujuan untuk melatih dan menyediakan sumber manusia yang kompetitif dan bertaraf dunia. Sumber manusia yang dilatih melalui latihan kepimpinan ini akan menjadi pelapis mengisi jawatan dan pengurusan kepimpinan negara. Latihan kepimpinan ini dimulakan seawal peringkat sekolah menengah agar bakat kepimpinan dapat dikenalpasti dengan lebih awal dan menjadi matang apabila melangkah ke alam universiti.

Berapa jumlah ahli JSLC?

Secara purata sebanyak 20 orang ahli JSLC bagi setiap kohort. Sehingga tahun 2020, sebanyak 10 kohort telah dilatih yang membentuk lebih 100 orang ahli.

KohortTahun PemilihanBilangan AhliProjek Mega DianjurkanPengarah Projek
1201020JISLC 2011Nur Sara Adriana Rosman
2201120JISLC 2012Amira Aisha
3201212Tiada
4201211Tiada
5201420JISLC 2015Muhammad Haziq
6201619YOK! Color RunRabiatu Aiyinah
7201616JISLC 2017Yogesh
8201721JISLC 2018Wan Muhammad Haikal
9201820JISLC 2019Shey Mansur
10201920JISLC 2020Nur Ellisa Farhana

Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan JSLC?

Jabatan Pendidikan Negeri Johor merupakan organisasi yang menubuhkan, membina modul latihan kepimpinan dan melaksanakan latihan kepada JSLC. Pegawai pengurus Encik Mohd Syahidan bin Zainal Abidin bertanggungjawab merangka, mengurus dan melaksanakan program ini bermula daripada proses pemilihan sehingga ke peringkat penilaian dan pelaksanaan projek termasuklah pengoperasian di peringkat SLB.

Apakah bentuk pengisian program?

Terdapat tiga fasa latihan iaitu Latihan Dalam Negara, Latihan Luar Negara dan Projek Antarabangsa/Komuniti.

Terdapat lapan modul latihan dalam negara yang wajib diikuti oleh ahli JSLC terpilih iaitu:

  • Latihan Pemimpin Korporat Muda (Young Corporate Leaders)
  • Program Diplomat Muda (Young Diplomats Programme)
  • Pengurusan Media (Media Management) dan Soft Skill dalam Kepimpinan
  • Latihan Penerapan Budaya dan Warisan Johor kepada Pemimpin Muda
  • Latihan Model Persidangan PBB
  • Bengkel Perancangan dan Pengurusan Projek

Terdapat dua latihan luar negara yang diberi iaitu:

  • Persidangan Model PBB (Model United Nations Conference, MUN),
  • Kem Kepimpinan Antarabangsa

Apakah bentuk projek antarabangsa yang diadakan?

JSLC telah menjadi pengelola kepada lima siri Persidangan Antarabangsa Pemimpin Pelajar Johor (JISLC). Persidangan ini menghimpunkan lebih 1000 pemimpin pelajar dalam dan luar negara untuk membentang kertas mengenai kepimpinan di sekolah masing-masing di samping bengkel dan pengisian lain yang memberi manfaat kepada peserta. Persidangan ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli JSLC bermula dengan pendaftaran,, persediaan tempat sehinggalah pengisian persidangan. Elemen kepimpinan yang dipelajari diterapkan menerusi projek antarabangsa ini.

Selain itu, acara larian peringkat antarabangsa juga pernah dianjurkan iaitu Yok! Color Run yang berjaya mendapat penyertaan lebih 2000 orang peserta. Penganjuran projek ini juga sepenuhnya oleh ahli JSLC (kohort 6) pada tahun 2017.

Apakah bentuk projek Komuniti yang dianjurkan?

Selaras dengan konsep program ’By the Students, For the Students‘ program ini memerlukan pelajar sendiri menjalankan projek yang memberi manfaat kepada mereka dan komuniti sekitar. Projek komuniti memberi penekanan kepada pemimpin yang sentiasa peka dengan keperluan masyarakat di samping menyemai sikap murni seorang pemimpin yang sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada komuniti. Antara projek komuniti yang telah dijalankan ialah:

1.    Projek membersih dan menanam bakau di Tanjung Piai, Pontian

2.    Program bersama masyarakat Orang Asli di Sungai Arang, Gelang Patah

3.    Menanam pokok di Educity, Iskandar Puteri

4.    Projek Iftar-Thru mengedarkan makanan berbuka puasa kepada komuniti Johor Bahru

5.    Projek bersama Rumah Anak Yatim Islam Pontian

6.    Projek kemasyarakatan bersama Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru

7.    Majlis Makan Malam Amal (Charity Dinner)

Adakah JSLC satu program penajaan pendidikan?

Semua bentuk latihan kepimpinan dalam program ini ditaja sepenuhnya. Tetapi tiada bantuan seperti biasiswa atau tajaan ke peringkat tertiari disediakan. JSLC merupakan platform untuk ahlinya cemerlang di sekolah dan peringkat seterusnya.

Apakah status ahli JSLC setelah tamat program?

Penilaian akan dibuat terhadap aspek kepimpinan sepanjang latihan. Ahli yang cemerlang akan menjadi Alumni JSLC yang akan meneruskan projek inisiatif mereka di samping merekrut ahli baharu JSLC.

Bagaimana ingin menjadi ahli JSLC?

Ahli JSLC perlu melalui dua saringan setelah tamat peperiksaan PT3. Semasa di tingkatan empat, nama calon yang berjaya akan diumumkan dan latihan kepimpinan dijalankan sepanjang tahun tersebut. Semasa di tingkatan 5, ahli JSLC akan fokus kepada peperiksaan SPM.

Berkaitan